Ahbar Sinar Harian bertarikh RABU 18 Julai 2012 telah menyatakan didalam segmen ' Dimana Bumi Dipijak ' tulisan oleh Farush Khan dimana hukum hudud yang selama ini di tentang dan di persoalkan oleh Parti UMNO telah pun mendapat mandat menerima sebulat suara oleh ahli UMNO sendiri.
Dalam penulisan tersebut beliau menyatakan, Ketua Wanita Umno Kepala Batas telah menyatakan usul menyokong perlaksanaan hukum hudud di negara ini semasa mesyuarat perwakilan di Johor telah pun mendapat kelulusan oleh ahli Umno sendiri sebulat suara tanpa bantahan. Dan kini lebih ramai lagi ahli Umno membuka suara untuk sama-sama melaksanakanya. Ini lah yang terbaik untuk kesejahteraan Islam.
Ini satu perkembangan yang sihat kerana selama ini Umno juga menyatakan ianya tidak sesuai disebabkan negara ini berbilang bangsa dan agama dan hukum hudud ini tidak harus dikenakan kepada orang bukan islam. Sememangnya hukum hudud ini bukan lah kepada orang bukan islam kerana mereka sendiri mempunyai hukuman dan landasan mereka sendiri untuk dijadikan panduan. Jadi mengapa perkara hukum hudud ini harus menjadi persoalan dan pendebatan. Hukum ini adalah hukum Allah, kita harus menegakkan supaya kita dapat menampung segala musibah yang bakal mendatang.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat juga mengucapkan tahniah kepada Umno kerana mereka boleh menerima hukum ini yang selama ini Pas tidak mampu untuk melaksanakan disebabkan tentangan dan halangan. Malah Pas juga memberi jaminan akan membantu Umno untuk melancarkan proses perlaksanaan hukum hudud ini.
Namun yang masih menjadi persoalan, masih belum lagi terkeluar perkataan ' mahu berkerjasama melaksanakan hukum ini bersama Pas ' dari pemimpin tertinggi negara ini. Bilakah ia akan dikeluarkan? Adakah benar apa yang diceritakan, yang di uar-uarkan ini akan berhasil? Atau ini salah satu lagi gimik PRU13? Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini. Mungkin realiti atau ia mungkin hanya satu lagi anggan-anggan mat jenin seperti yang dinyatakan oleh penulis dalam wacananya ' Tepuk Dada Tanya Iman ' ....waallah hualam...
No comments:
Post a Comment