Friday, July 6, 2012

OH UMNO...OH PAS...BANGUNGLAH DARI TIDUR DIULIT MIMPI PALSU..






Apa sudah jadi dengan kepimpinan parti politik di Malaysia. Saban hari bergaduh, bercakaran, mengumpat tak tentu hala, memfitnah tak tentu masa. Kesudahannya nanti adalah pastinya rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa.

UMNO menuduh Pas, Pas mengutuk UMNO semula walaupun kedua-dua parti ini adalah parti bersimbolkan ahli Islam secara keseluruhannya namun apa yang dilihat sifat keperibadian kedua-dua pemimipin parti ini langsung tidak mencerminkan keislaman langsung. Sepatutnya kedua-dua parti ini boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi bagi mengemudikan negara ini dengan jayanya. Tetapi sikap pemimpin kedua-dua parti inilah yang menjadi punca segala perancangan yang baik gagal diperolehi.

Adakah pemimpin kedua-dua parti ini boleh mengikut gerak kerja tiga parti seteru bukan islam iaitu DAP, MCA dan GERAKAN yang mampu menjaga kaum mereka dengan baik walaupun di pentas politik mereka langsung dilihat tidak sependapat. Dari segi ekonomi bangsa mereka, kita sememangnya jauh ketinggalan dengan pada satu ketika kita berada di 'ranking' kedua di Malaysia telah pun jatuh ketangga ke-4 dibelakang bangsa India.

Begitu juga parti campuran bangsa seperti Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) haruslah juga memikirkan bagaimana supaya tidak berlakunya perbalahan sesama sendiri selama-lamanya. Kita harus menjadikan negara ini tempat yang boleh menjana pendapatan yang tinggi kepada rakyat keseluruhannya ( bukan kaya kepada kroni dan rakan karib sahaja ). Supaya rakyat mampu berbelanja dengan baik, bukan dengan harga barangan dan segala kos yang setiap tahun bertambah meningkat tinggi tetapi pendapatan rakyat walaupun setelah 5 tahun masih ditakuk lama sahaja ( terutamanya pekerjaan yang bukan melibatkan sektor kerajaan ).

Renung-renungkan lah...fikir-fikirkanlah wahai bangsaku...bangunglah dari tidur yang lena selama ini. Adakah kita ingin lihat selepas ini anak-anak melayu islam kita ini tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai tempat tinggal, bergaduh dan berpecah sehingga entah berapa lama dan akhirnya kita tidak mempunyai segala-galanya dek perangai pemimpin Melayu Islam kita ini bergaduh sehingga bila-bila?????????

1 comment:

  1. tak habih-habih dema nak bergadoh jer....terlalu asyik nak berebut nak memenuhkan poket memasing jer tu.... bukannya ikhlas sangat nak memperjuankan nasib rakyat...
    pirah mabuk...

    ReplyDelete