Saturday, June 30, 2012

PEKERJA BANK DI PERAH TENAGA, UNTUNG TIDAK DI BERI SAMA RATA....ADA KE PATUT..









Begini lah keadaan Maybank Pengkalan Hulu setelah lawatan NUBE Ipoh untuk berjumpa ahli-ahli NUBE disini.

Sebuah bank yang mempunyai cawangan terbesar di Malaysia dan di luar negara, namun masih lagi ada cawangan yang tidak mempunyai sistem nombor. Keadaan pekerja bank disini terutamanya pekerja kerani di kaunter yang berhadapan dengan pelanggan untuk urusan keluar masuk wang cukup memeritkan. Mereka tidak mempunyai masa untuk berehat walau seketika melainkan jika pelanggan tiada pada satu-satu masa.

Namun majikan masih tidak mempunyai keikhlasan hati murni untuk berkongsi segala keuntungan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja bank ini terutamanya pekeranian kerana mereka inilah yang telah berkorban masa dan menghadapi risiko besar untuk bank mencapai keuntungan yang baik.

Segala permintaan pihak NUBE yang mewakili pihak perkeranian di sektor perbankan tidak diendahkan dan dianggap sama taraf seperti pekerja buruh. Apa yang jelas, ini lah sebenarnya situasi yang dihadapi kini oleh pekerja bank di Malaysia...PEKERJA BANK DI PERAH TENAGA, UNTUNG TIDAK DI BERI SAMA RATA....