Puasa beerti menahan diri daripada sesuatu, perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Hukum berpuasa adalah wajib ( fardhu ain ) berdasarkan al-quran, al-hadis dan ijmak ulama. Ijmak ulama bersepakat puasa Ramadhan wajib dan salah satu rukun Islam. Mengingkari kefarduanya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.
Antara hikmah berpuasa adalah :
- mewujudkan kesatuan hati dan niat tulus ikhlas dalam diri semata - mata mengabdikan diri kepada Allah.
- Semua golongan baik miskin atau kaya terpaksa menempuh ujian yang sama.
- Menimbulkan keinsafan, perasaan bertimbang rasa dan kasih sayang sesama Islam.
- Kesihatan tubuh badan.
- Mewujudkan kesabaran, selamat dari api neraka dan menghapuskan dosa - dosa kecil.
- Terbukanya pintu syurga dan tertutupnya pintu neraka.
- Malam Nuzul Quran iaitu malam Al - Quran di turunkan dari langit ke dunia sebagai pedoman hidup.
- Lailatul Qadar, malam menyamai 1000 kali bulan ( 83 tahun 3 bulan ) keberkatan dan ganjaran pahala.
Syarat Wajib Puasa
1) Islam
2) Baligh
3) Berakal
4) Sihat tubuh badan
5) Bermukim - bukan musafir
6) Suci - dari haid dan nifas
Mereka yang dibenarkan meninggalkan puasa
1) Orang yang hilang upaya
2) Musafir
3) Terlalu tua atau amat lemah
4) Tersangat lapar dan dahaga hingga memudaratkan
5) Perempuan hamil atau menyusukan anak
Syarat Sah Puasa
1) Islam
2) Berakal
3) Suci dari haid dan nifas
4) Nyatanya masuk bulan Ramadan.
Rukun - rukun Puasa
1) Orang yang berpuasa
2) Berniat
3) Menahan diri dari perkara yang boleh membatalkan
puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Perkara - perkara yang membatalkan puasa
1) Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit.
2) Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Keluar haid dan nifas.
5) Gila.
6) Murtad - keluar dari islam.
7) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
8) Bersetubuh - melakukan hubungan kelamin di siang hari tanpa membatalkan puasa terlebih dahulu.
Perkara perkara sunat ketika berpuasa.
1) Menyegerakan berbuka puasa.
2) Berbuka dengan buah tamar atau juadah manis.
3) Melambatkan sahur.
4) Memperbanyakkan membaca al-Quran, zikir, berselawat dan amal kebajikan ( sedekah )
5) Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak manafaat.
6) Mandi junub lebih awal iaitu sebelum masuknya waktu Subuh.