Sunday, July 22, 2012

PEKERJA TIDAK BOLEH CUTI DI BULAN PUASA

Aduan oleh seorang pekerja dari Public Bank berkenaan cuti yang tidak dibenarkan pada bulan puasa telah mendapat perhatian penting dari NUBE GEMPUR IPOH.

Isu ini diceritakan sendiri oleh ' mangsa ' berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan bank tersebut yang menzalimi pekerja Islam di bulan puasa. Pekerja ini menyatakan beliau ingin bercuti pada masa tersebut kerana beliau perlu banyak berehat disebabkan mempunyai banyak penyakit. Tambahan pula pada bulan puasa yang tidak cukup tenaga kerana berpuasa ini akan menambahkan lagi gangguan kesihatan kepada beliau.

Namun alasan yang diberikan oleh pekerja ini tidak dapat diterima oleh pihak bank kerana mereka menyatakan pada hari tersebut ialah hujung bulan, pelanggan ramai, kerja banyak perlu dilakukan dan juga pengurus menyatakan kerja yang dilakukan oleh beliau tidak dapat dilakukan oleh pekerja lain.

Apa yang diperkatakan oleh beliau sendiri, sebenarnya kerja tersebut boleh dilakukan oleh pekerja yang lain. Ini dilihat sebagai alasan oleh pihak bank untuk tidak membenarkan pekerja ini mengambil cuti pada masa tersebut dengan alasan tidak munasabah dari pihak bank. Ini adalah semata-mata untuk bank menjaga KPI mereka sendiri supaya mereka mempunyai pekerja yang mencukupi pada masa tersebut bagi melayan pelanggan.

Ini adalah salah satu tindakan zalim pihak bank kepada pekerjanya yang mempunyai masalah kesihatan dan akan menyebabkan suasana tidak harmoni berlaku terhadap bank tersebut.

Ikuti perbualan dari ' mangsa ' sendiri berkenaan cuti yang tidak dapat di luluskan tersebut.



PUASA DAN HIKMAHNYA

Puasa beerti menahan  diri daripada sesuatu, perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Hukum berpuasa adalah wajib ( fardhu ain ) berdasarkan al-quran, al-hadis dan ijmak ulama. Ijmak ulama bersepakat puasa Ramadhan wajib dan salah satu rukun Islam. Mengingkari kefarduanya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.

Antara hikmah berpuasa adalah :
- mewujudkan kesatuan hati dan niat tulus ikhlas dalam diri semata - mata mengabdikan diri kepada Allah.
- Semua golongan baik miskin atau kaya terpaksa menempuh ujian yang sama.
- Menimbulkan keinsafan, perasaan bertimbang rasa dan kasih sayang sesama Islam.
- Kesihatan tubuh badan.
- Mewujudkan kesabaran, selamat dari api neraka dan menghapuskan dosa - dosa kecil.
- Terbukanya pintu syurga dan tertutupnya pintu neraka.
- Malam Nuzul Quran iaitu malam Al - Quran di turunkan dari langit ke dunia sebagai pedoman hidup.
- Lailatul Qadar, malam menyamai 1000 kali bulan ( 83 tahun 3 bulan ) keberkatan dan ganjaran pahala.

Syarat Wajib Puasa                                             
1)  Islam                                                              
2)  Baligh                                                             
3)  Berakal                                                          
4)  Sihat tubuh badan                                            
5)  Bermukim - bukan musafir                               
6)  Suci - dari haid dan nifas


  Mereka yang dibenarkan meninggalkan puasa
1)  Orang yang hilang upaya
2)  Musafir
3)  Terlalu tua atau amat lemah
4)  Tersangat lapar dan dahaga hingga memudaratkan
5)  Perempuan hamil atau menyusukan anak


Syarat Sah Puasa                                                                                                             
1)  Islam                                                             
2)  Berakal                                                            
3)  Suci dari haid dan nifas                                      
4)  Nyatanya masuk bulan Ramadan.                            
                                                                                   


Rukun - rukun Puasa
1)  Orang yang berpuasa
2)  Berniat
3)  Menahan diri dari perkara yang boleh membatalkan
     puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya     matahari.


Perkara - perkara yang membatalkan puasa
1)  Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit.
2)  Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.
3)  Muntah dengan sengaja.
4)  Keluar haid dan nifas.
5)  Gila.
6)  Murtad - keluar dari islam.
7)  Mengeluarkan mani dengan sengaja.
8)  Bersetubuh - melakukan hubungan kelamin di siang hari tanpa membatalkan puasa terlebih dahulu.

Perkara perkara sunat ketika berpuasa.
1)  Menyegerakan berbuka puasa.
2)  Berbuka dengan buah tamar atau juadah manis.
3)  Melambatkan sahur.
4)  Memperbanyakkan membaca al-Quran, zikir, berselawat dan amal kebajikan ( sedekah )
5)  Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak manafaat.
6)  Mandi junub lebih awal iaitu sebelum masuknya waktu Subuh.


Friday, July 20, 2012

KELUAR KWSP PADA UMUR 60 TAHUN

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata ura-ura wang KWSP hanya boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun adalah khabar angin semata-mata. Beliau berkata ia hanya baru di peringkat perbincangan dan belum diluluskan lagi oleh kabinet.

Apakah benar kenyataan beliau ini. Jika benar mengapa perkara ini telah dibincangkan dan dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen tersebut. Jika pembacaan perkara ini untuk kali ke-2 dijalankan maka akan menjadi kenyataan lah perkara ini akan berlaku.

Isu ini sepatutnya tidak perlu dibincangkan langsung kerana banyak pendapat menyatakan ia perlu menjadi pilihan oleh seseorang pekerja itu sama ada mahu meneruskan berkerja pada umur 55 tahun ke 60 tahun atau pun boleh bersara pada umur 55 tahun.

Apakah mereka - mereka ini tidak berfikir, apakah masih mampu seseorang itu bekerja jika umurnya telah mencecah 55 tahun? Saya fikir ada yang sudah memakai tongkat untuk pergi bekerja untuk yang uzur dan tidak berupaya? Bagaimana pula dengan anak - anak kita yang baru sahaja tamat pengajian ingin mendapatkan pekerjaan jika ' otai - otai ' ini masih lagi bekerja?

Yang masih baru masuk ke universiti atau kolej terus meningkat tetapi yang sudah tamat pengajian masih terkial - kial mencari pekerjaan? Apa akan jadi kepada tenaga muda ini yang akhirnya terpaksa bekerja dengan kilang-kilang atau estet - estet yang memerlukan pekerja. Jika ini lah yang terjadi kepada anak muda kita, mereka tentu amat kecewa kerana belajar hingga pengajian tertinggi dan akhirnya terpaksa bekerja dengan kilang - kilang atau estet hanya kerana golongan tertua masih lagi mengambil tempat untuk mereka ini bekerja.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Keluar_KWSP_Umur_60_Tahun_Hanya_Khabar_Angin.html

Wednesday, July 18, 2012

HUDUD DI TERIMA UMNO???...

Ahbar Sinar Harian bertarikh RABU 18 Julai 2012 telah menyatakan didalam segmen ' Dimana Bumi Dipijak ' tulisan oleh Farush Khan dimana hukum hudud yang selama ini di tentang dan di persoalkan oleh Parti UMNO telah pun mendapat mandat menerima sebulat suara oleh ahli UMNO sendiri.

Dalam penulisan tersebut beliau menyatakan, Ketua Wanita Umno Kepala Batas telah menyatakan usul menyokong perlaksanaan hukum hudud di negara ini semasa mesyuarat perwakilan di Johor telah pun mendapat kelulusan oleh ahli Umno sendiri sebulat suara tanpa bantahan. Dan kini lebih ramai lagi ahli Umno membuka suara untuk sama-sama melaksanakanya. Ini lah yang terbaik untuk kesejahteraan Islam.

Ini satu perkembangan yang sihat kerana selama ini Umno juga menyatakan ianya tidak sesuai disebabkan negara ini berbilang bangsa dan agama dan hukum hudud ini tidak harus dikenakan kepada orang bukan islam. Sememangnya hukum hudud ini bukan lah kepada orang bukan islam kerana mereka sendiri mempunyai hukuman dan landasan mereka sendiri untuk dijadikan panduan. Jadi mengapa perkara hukum hudud ini harus menjadi persoalan dan pendebatan. Hukum ini adalah hukum Allah, kita harus menegakkan supaya kita dapat menampung segala musibah yang bakal mendatang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat juga mengucapkan tahniah kepada Umno kerana mereka boleh menerima hukum ini yang selama ini Pas tidak mampu untuk melaksanakan disebabkan tentangan dan halangan. Malah Pas juga memberi jaminan akan membantu Umno untuk melancarkan proses perlaksanaan hukum hudud ini.

Namun yang masih menjadi persoalan, masih belum lagi terkeluar perkataan ' mahu berkerjasama melaksanakan hukum ini bersama Pas ' dari pemimpin tertinggi negara ini. Bilakah ia akan dikeluarkan? Adakah benar apa yang diceritakan, yang di uar-uarkan ini akan berhasil? Atau ini salah satu lagi gimik PRU13? Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini. Mungkin realiti atau ia mungkin hanya satu lagi anggan-anggan mat jenin seperti yang dinyatakan oleh penulis dalam wacananya ' Tepuk Dada Tanya Iman ' ....waallah hualam...

Saturday, July 14, 2012

TINDAKAN BANK MEMAKSA PEKERJA, PEKERJA PULA TIDAK TAHU HAKNYA

Kisah benar ini diceritakan semasa lawatan NUBE IPOH ke mesyuarat bersama ahli-ahli di bank Maybank, Public Bank dan RHB Bank di Sungai Siput, Perak.

Pegawai di bank-bank ini terutamanya Maybank dan Public Bank memaksa pekerja melakukan kerja seperti robot, bekerja dengan cepat sambil pegawai bank menekan nombor giliran ( QMS ) supaya dapat mempercepatkan proses melayan pelanggan di dalam bank tetapi hakikatnya menganggu tumpuan juruwang bekerja dan boleh melakukan kesilapan besar semasa bekerja.

Di Maybank, sememangnya telah diketahui umum mereka sentiasa sahaja mewujudkan isu untuk membuatkan pekerjanya ( ahli NUBE ) bekerja dalam keadaan tertekan. Terlalu banyak kes ' money shortage ' kerana tekanan yang dihadapi oleh juruwang di bank ini. Begitu juga di Public Bank, difahamkan bank ini juga mungkin mengikut jejak Maybank jika prestasi melayan pelanggan dengan cepat tidak berjalan dengan lancar. Kesemua ini adalah berpunca dari isu ' KPI ' untuk pegawai-pegawai di bank tersebut. Mereka ingin menjaga bonus dan kredibiliti mereka tetapi sanggup memaksa juruwang ( ahli NUBE yang tiada kaitan dengan KPI ) bekerja seperti robot dan hamba abdi.

Mengikut maklumat diperolehi, Maybank telah melakukan satu projek yang dinamakan Projek NARNIA. Ini bertujuan bagi mempercepatkan proses melayan pelanggan didalam bank. Namun dalam projek ini telah menetapkan beberapa syarat antaranya adalah pegawai bank tidak boleh menekan nombor QMS samada semasa juruwang sedang melayan pelanggan atau pun tidak DAN pegawai tidak dibenarkan bermain nombor QMS untuk dilihat satu-satu cawangan itu mencapai sasaran KPI melayan pelanggan bank.

Tetapi apa yang dikesalkan, projek ini tidak diberitahu kepada semua pekerja-pekerja bank di cawangan Maybank, hanya cawangan yang telah dipilih sahaja. Projek ini pula harus dilakukan kepada semua cawangan bank tersebut. Ini adalah satu tindakan salah dan sepatutnya mereka harus memberitahu kepada semua pekerjanya agar pekerjanya dapat membantu dalam usaha untuk mencapai sasaran yang diperlukan.

Ikuti temubual dan perbincangan yang telah dilakukan juga penceritaan kisah benar yang dibongkarkan oleh pekerja - pekerja bank ini dan jadikan satu pengajaran untuk kita mengetahui hak sebenar sebagai seorang pekerja di bank.




Friday, July 6, 2012

OH UMNO...OH PAS...BANGUNGLAH DARI TIDUR DIULIT MIMPI PALSU..






Apa sudah jadi dengan kepimpinan parti politik di Malaysia. Saban hari bergaduh, bercakaran, mengumpat tak tentu hala, memfitnah tak tentu masa. Kesudahannya nanti adalah pastinya rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa.

UMNO menuduh Pas, Pas mengutuk UMNO semula walaupun kedua-dua parti ini adalah parti bersimbolkan ahli Islam secara keseluruhannya namun apa yang dilihat sifat keperibadian kedua-dua pemimipin parti ini langsung tidak mencerminkan keislaman langsung. Sepatutnya kedua-dua parti ini boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi bagi mengemudikan negara ini dengan jayanya. Tetapi sikap pemimpin kedua-dua parti inilah yang menjadi punca segala perancangan yang baik gagal diperolehi.

Adakah pemimpin kedua-dua parti ini boleh mengikut gerak kerja tiga parti seteru bukan islam iaitu DAP, MCA dan GERAKAN yang mampu menjaga kaum mereka dengan baik walaupun di pentas politik mereka langsung dilihat tidak sependapat. Dari segi ekonomi bangsa mereka, kita sememangnya jauh ketinggalan dengan pada satu ketika kita berada di 'ranking' kedua di Malaysia telah pun jatuh ketangga ke-4 dibelakang bangsa India.

Begitu juga parti campuran bangsa seperti Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) haruslah juga memikirkan bagaimana supaya tidak berlakunya perbalahan sesama sendiri selama-lamanya. Kita harus menjadikan negara ini tempat yang boleh menjana pendapatan yang tinggi kepada rakyat keseluruhannya ( bukan kaya kepada kroni dan rakan karib sahaja ). Supaya rakyat mampu berbelanja dengan baik, bukan dengan harga barangan dan segala kos yang setiap tahun bertambah meningkat tinggi tetapi pendapatan rakyat walaupun setelah 5 tahun masih ditakuk lama sahaja ( terutamanya pekerjaan yang bukan melibatkan sektor kerajaan ).

Renung-renungkan lah...fikir-fikirkanlah wahai bangsaku...bangunglah dari tidur yang lena selama ini. Adakah kita ingin lihat selepas ini anak-anak melayu islam kita ini tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai tempat tinggal, bergaduh dan berpecah sehingga entah berapa lama dan akhirnya kita tidak mempunyai segala-galanya dek perangai pemimpin Melayu Islam kita ini bergaduh sehingga bila-bila?????????

Monday, July 2, 2012

SEPANYOL JUARA EURO 2012

Isnin 2 Julai 2012 - Kehangatan Kejohanan Bolasepak Piala Eropah ( EURO 2012 ) telah sampai ke kemuncaknya dengan pasukan Sepanyol telah menjuarai kejohanan itu sekali lagi dan mempertahankan kejuaraan yang telah mereka kecapi pada EURO 2008.

Kali ini Itali pula menjadi mangsa mereka setelah dibelasah 4-0 dengan jaringan oleh David Silva dan Jordi Alba pada separuh masa pertama diikuti jaringan Fernando Torres dan Juan Mata di separuh masa kedua melengkapkan malam gemilang pasukan Sepanyol di kejohanan ini.

Untuk rekod, pasukan Sepanyol telah pun memenangi 3 kejohanan terbesar dalam tempoh 4 tahun terkini dengan menjadi juara di EURO 2008, juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan terkini juara EURO 2012. Seharusnya Sepanyol boleh mengakui bertapa hebatnya mereka di abad ini dengan terus mempertahankan rekod selaku pasukan no 1 di dunia dengan mengalahkan Brazil, Argentina, Belanda dan lain-lain pasukan yang ketinggalan dalam ranking dunia.

Syabas Sepanyol....