Sunday, July 22, 2012

PEKERJA TIDAK BOLEH CUTI DI BULAN PUASA

Aduan oleh seorang pekerja dari Public Bank berkenaan cuti yang tidak dibenarkan pada bulan puasa telah mendapat perhatian penting dari NUBE GEMPUR IPOH.

Isu ini diceritakan sendiri oleh ' mangsa ' berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan bank tersebut yang menzalimi pekerja Islam di bulan puasa. Pekerja ini menyatakan beliau ingin bercuti pada masa tersebut kerana beliau perlu banyak berehat disebabkan mempunyai banyak penyakit. Tambahan pula pada bulan puasa yang tidak cukup tenaga kerana berpuasa ini akan menambahkan lagi gangguan kesihatan kepada beliau.

Namun alasan yang diberikan oleh pekerja ini tidak dapat diterima oleh pihak bank kerana mereka menyatakan pada hari tersebut ialah hujung bulan, pelanggan ramai, kerja banyak perlu dilakukan dan juga pengurus menyatakan kerja yang dilakukan oleh beliau tidak dapat dilakukan oleh pekerja lain.

Apa yang diperkatakan oleh beliau sendiri, sebenarnya kerja tersebut boleh dilakukan oleh pekerja yang lain. Ini dilihat sebagai alasan oleh pihak bank untuk tidak membenarkan pekerja ini mengambil cuti pada masa tersebut dengan alasan tidak munasabah dari pihak bank. Ini adalah semata-mata untuk bank menjaga KPI mereka sendiri supaya mereka mempunyai pekerja yang mencukupi pada masa tersebut bagi melayan pelanggan.

Ini adalah salah satu tindakan zalim pihak bank kepada pekerjanya yang mempunyai masalah kesihatan dan akan menyebabkan suasana tidak harmoni berlaku terhadap bank tersebut.

Ikuti perbualan dari ' mangsa ' sendiri berkenaan cuti yang tidak dapat di luluskan tersebut.



No comments:

Post a Comment