Saturday, July 14, 2012

TINDAKAN BANK MEMAKSA PEKERJA, PEKERJA PULA TIDAK TAHU HAKNYA

Kisah benar ini diceritakan semasa lawatan NUBE IPOH ke mesyuarat bersama ahli-ahli di bank Maybank, Public Bank dan RHB Bank di Sungai Siput, Perak.

Pegawai di bank-bank ini terutamanya Maybank dan Public Bank memaksa pekerja melakukan kerja seperti robot, bekerja dengan cepat sambil pegawai bank menekan nombor giliran ( QMS ) supaya dapat mempercepatkan proses melayan pelanggan di dalam bank tetapi hakikatnya menganggu tumpuan juruwang bekerja dan boleh melakukan kesilapan besar semasa bekerja.

Di Maybank, sememangnya telah diketahui umum mereka sentiasa sahaja mewujudkan isu untuk membuatkan pekerjanya ( ahli NUBE ) bekerja dalam keadaan tertekan. Terlalu banyak kes ' money shortage ' kerana tekanan yang dihadapi oleh juruwang di bank ini. Begitu juga di Public Bank, difahamkan bank ini juga mungkin mengikut jejak Maybank jika prestasi melayan pelanggan dengan cepat tidak berjalan dengan lancar. Kesemua ini adalah berpunca dari isu ' KPI ' untuk pegawai-pegawai di bank tersebut. Mereka ingin menjaga bonus dan kredibiliti mereka tetapi sanggup memaksa juruwang ( ahli NUBE yang tiada kaitan dengan KPI ) bekerja seperti robot dan hamba abdi.

Mengikut maklumat diperolehi, Maybank telah melakukan satu projek yang dinamakan Projek NARNIA. Ini bertujuan bagi mempercepatkan proses melayan pelanggan didalam bank. Namun dalam projek ini telah menetapkan beberapa syarat antaranya adalah pegawai bank tidak boleh menekan nombor QMS samada semasa juruwang sedang melayan pelanggan atau pun tidak DAN pegawai tidak dibenarkan bermain nombor QMS untuk dilihat satu-satu cawangan itu mencapai sasaran KPI melayan pelanggan bank.

Tetapi apa yang dikesalkan, projek ini tidak diberitahu kepada semua pekerja-pekerja bank di cawangan Maybank, hanya cawangan yang telah dipilih sahaja. Projek ini pula harus dilakukan kepada semua cawangan bank tersebut. Ini adalah satu tindakan salah dan sepatutnya mereka harus memberitahu kepada semua pekerjanya agar pekerjanya dapat membantu dalam usaha untuk mencapai sasaran yang diperlukan.

Ikuti temubual dan perbincangan yang telah dilakukan juga penceritaan kisah benar yang dibongkarkan oleh pekerja - pekerja bank ini dan jadikan satu pengajaran untuk kita mengetahui hak sebenar sebagai seorang pekerja di bank.




No comments:

Post a Comment