Friday, July 20, 2012

KELUAR KWSP PADA UMUR 60 TAHUN

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata ura-ura wang KWSP hanya boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun adalah khabar angin semata-mata. Beliau berkata ia hanya baru di peringkat perbincangan dan belum diluluskan lagi oleh kabinet.

Apakah benar kenyataan beliau ini. Jika benar mengapa perkara ini telah dibincangkan dan dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen tersebut. Jika pembacaan perkara ini untuk kali ke-2 dijalankan maka akan menjadi kenyataan lah perkara ini akan berlaku.

Isu ini sepatutnya tidak perlu dibincangkan langsung kerana banyak pendapat menyatakan ia perlu menjadi pilihan oleh seseorang pekerja itu sama ada mahu meneruskan berkerja pada umur 55 tahun ke 60 tahun atau pun boleh bersara pada umur 55 tahun.

Apakah mereka - mereka ini tidak berfikir, apakah masih mampu seseorang itu bekerja jika umurnya telah mencecah 55 tahun? Saya fikir ada yang sudah memakai tongkat untuk pergi bekerja untuk yang uzur dan tidak berupaya? Bagaimana pula dengan anak - anak kita yang baru sahaja tamat pengajian ingin mendapatkan pekerjaan jika ' otai - otai ' ini masih lagi bekerja?

Yang masih baru masuk ke universiti atau kolej terus meningkat tetapi yang sudah tamat pengajian masih terkial - kial mencari pekerjaan? Apa akan jadi kepada tenaga muda ini yang akhirnya terpaksa bekerja dengan kilang-kilang atau estet - estet yang memerlukan pekerja. Jika ini lah yang terjadi kepada anak muda kita, mereka tentu amat kecewa kerana belajar hingga pengajian tertinggi dan akhirnya terpaksa bekerja dengan kilang - kilang atau estet hanya kerana golongan tertua masih lagi mengambil tempat untuk mereka ini bekerja.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Keluar_KWSP_Umur_60_Tahun_Hanya_Khabar_Angin.html

No comments:

Post a Comment