Tuesday, August 7, 2012

TANAH KUBUR DI ONLINE

Allah Maha Besar,

Sesungguh apa yang terjadi dan dilaporkan di dalam The Malaysian Insider pada 20 Julai 2012 yang lalu adalah sangat mengejutkan dan memilukan bagi yang beragama Islam. Apakah yang telah terjadi kepada masyarakat Islam sekarang ini.

Tanah kubur tempat yang akan kita tujui akhirnya, kini boleh pula ditempah secara online di Kuala Lumpur. Amat mengejutkan kerana belum lagi kita meninggal dunia, kita terpaksa pula berebut - rebut hanya untuk mendapatkan tempat untuk kita disemadikan setelah kita meninggal dunia.

Mengapakah orang Islam kita ini meniru gaya agama dan budaya lain seperti di luar negara khususnya? Sanggup pula membuat tempahan dahulu tempat untuk kita disemadikan walaupun dikatakan tidak dikenakan bayaran sekalipun....na'u zubilah. Tanah adalah milik Allah kita tidak perlu menempah. Kita seharusnya tidak perlu membuat perkara sedemikian kerana apa yang ada sekarang ini mencukupi mengikut keadaan semasa kini.

Mengucap lah wahai pemimpin Islam kita ini. Kita tidak perlu mengejarkan tempat untuk kita disemadikan nanti. Pasti akan ada saudara se-islam kita mampu mencari tempat untuk kita disemadikan nanti.

Apa yang perlu kita persiapkan adalah amalan kita. Fardu kifayah kita, ilmu dan amal kita yang perlu di jadikan bekalan kita semasa di sana nanti. Keinsafan dan ketakwaan kita kepada Allah lebih penting, lebih perlu untuk kita uar-uarkan daripada perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam di sini.

Sila klik link dibawah untuk cerita selanjutnya, terima kasih.

http://my.news.yahoo.com/tanah-kubur-islam-di-kl-boleh-ditempah-secara-115909389.html

No comments:

Post a Comment