Tuesday, August 14, 2012

AHLI NUBE TERTIPU JANJI MAJIKAN

Cerita ini adalah benar terjadi di Seluruh Cawangan RHB Bank....

Isu tawaran kenaikan pangkat di dalam RHB Bank kini menjadi perbualan hangat di dalam NUBE. Isu ini telah lebih 2 bulan timbul setelah ramai ahli NUBE telah mendapat tawaran pangkat ke Pegawai 1 dan Pegawai 2. Namun begitu, sebenarnya isu ini tidak pernah di perbincangkan dengan pihak NUBE untuk mereka merekrut ahli NUBE ke pangkat pegawai di dalam bank tersebut bagi memberi keselesaan ahli NUBE yang menerima kenaikan itu. Ini dilihat sebagai satu tindakan' union busting ' atau anti kesatuan yang dilakukan di dalam RHB Bank terhadap NUBE.

Semua yang dilakukan oleh RHB Bank ini sebenarnya dilihat sebagai satu agenda penting untuk mereka memusnahkan kesatuan NUBE yang menjadi pembela nasib kepada ahli NUBE di perbankan. Jika mereka berjaya merekrut ramai ahli NUBE ke dalam pihak pengurusan, maka mereka mempunyai kuasa tidak memperdulikan nasib ahli NUBE yang lain yang berjawatan perkeranian bergaji kecil ini. Ini adalah satu tindakan zalim oleh majikan terhadap pekerjanya untuk mereka terus menjadi 'taiko' kepada pekerjanya.

Ahli NUBE di RHB Bank yang kebanyakan telah mendapat surat tawaran untuk kenaikan pangkat ke jawatan pegawai pula kini masih tidak berhubung dengan NUBE bagi mendapat pandangan yang baik. Mereka tidak faham atau sengaja tidak mahu menghubungi pihak NUBE, mungkin semata- mata ingin mengejar ' habuan ' yang ditawarkan ini tanpa memikirkan ' bahana ' yang akan mereka terima dan sebenarnya kenaikan yang dijanjikan itu tidak setimpal dengan kerja yang bakal anda lakukan nanti ATAU mereka sememangnya mengejar pangkat yang diinginkan selama ini.

Dari segi kenaikan gaji pula, Pegawai 2 dijanjikan kenaikan gaji dari RM 200 ke RM 300 sahaja tetapi mereka sepatutnya boleh ' demand ' jika mereka ingin menerima tawaran kenaikan pegawai tersebut. Namun mereka seharusnya terlebih dahulu memikirkan kerja yang bakal dilakukan nanti seperti perlu buat 'sales' dan ada 'target' yang perlu dicapai. Jika tidak TIADA BONUS untuk tahun tersebut berbanding kini mereka mendapat bonus tetap 2 bulan gaji.

Begitu juga kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai 1. Kepada mereka yang menerima tawaran kenaikan tersebut bakal menerima 'habuan' lebih teruk dari Pegawai 2. Mereka semestinya mencapai 'target' mereka sendiri untuk mendapat bonus tahunan. Selain itu kenaikan gaji mereka juga purata RM 400 ke RM 500 untuk 'one-time only'. Tetapi mereka langsung tidak akan menikmati COLA, tidak akan menikmati CHILDCARE, Overtime (OT) hanya dikira selepas 2 jam, itu pun cuma RM 15 sahaja dan lain - lain faedah yang mereka perolehi kini semata - mata mengejar kenaikan sebanyak RM 400 ke RM 500 itu. Terlebih dahulu cuba anda fikirkan sejenak, jika anda seorang pekerja wanita, cuba fikirkan jika anda ditukarkan ke tempat yang jauh ? Bagaimana dengan keluarga anda ? Adakah anda mampu bekerja ulang alik atau terpaksa menyewa rumah di sana ?

Anda harus fikirkan satu perkara penting ini. Walau pun majikan telah berjanji anda tidak akan ditukar ke mana - mana tempat jika anda menerima kenaikan pangkat ini, tetapi sebenarnya itu hanya ' gula - gula ' untuk anda menerima kenaikan tersebut. Setelah anda menerima, majikan DENGAN SUKA HATINYA BOLEH TUKARKAN ANDA KE MANA - MANA MEREKA MAHU KERANA ANDA TELAH PUN BERADA DI DALAM PIHAK PENGURUSAN DAN BUKAN LAGI MEMPUNYAI KESATUAN YANG BOLEH MEMBELA NASIB ANDA.

Kepada ahli NUBE sekalian, anda sepatutnya bijak menilai di mana baik dan buruknya. Majikan sebenarnya mahu menggunakan anda hanya kerana mereka ingin membunuh kerja anda dan Kesatuan NUBE khususnya bagi mereka terus berkuasa menindas pekerja bawahan ini. Jika anda masih bersama NUBE, anda pasti tidak akan mengalami tekanan hebat dari pihak majikan.

Percayalah apa yang saya katakan ini. Setelah lama kita bekerja di dalam bank, kita sepatutnya tahu masa sekarang bukan sesuai untuk kita menerima kenaikan pangkat dengan bebanan kerja yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan kerja kita. Anda sendiri telah melihat pegawai yang kini bekerja seperti robot tanpa henti di perah tenaga oleh majikan hanya kerana mengejar keuntungan untuk diri mereka sendiri. Ini bukanlah hanya rekaan semata - mata tetapi kenyataan apa yang kini sedang di alami oleh pekerja bank di Malaysia.

Jadi saya amat menyeru kepada yang belum menerima kenaikan pangkat tersebut, lebih baik jangan menerima demi kesenangan hidup anda tanpa bebanan. Kepada ahli NUBE yang telah menerima kenaikan tersebut tetapi belum ' confirm ', anda masih boleh lagi untuk menolak jawatan tersebut. Beritahu kepada majikan anda tidak berminat untuk menerimanya.

Sekali lagi saya amat berharap kepada seluruh warga Ahli NUBE di RHB Bank, berfikirlah sejenak nasib yang bakal anda terima nanti . Sesal Dahulu Berpendapatan Tetapi Kalau Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi...

No comments:

Post a Comment