Thursday, August 16, 2012

BONUS RAYA DAN GULA - GULA



Terlebih dahulu tahniah dan syabas kepada ahli – ahli NUBE di Maybank yang telah menerima bonus untuk Hari Raya Aidilfitri 2012 ini iaitu sebanyak RM 1000 seorang ditambah juga dengan bonus yang telah awal mereka perolehi dahulu sebanyak RM 150.

Sesungguhnya berita gembira inilah yang ditunggu – tunggu oleh ahli NUBE di seluruh negara kerana kita berhak untuk mendapat bonus diatas setiap titik peluh kerja keras selama ini untuk menaikkan keuntungan bank.

Namun begitu adakah semua bank memberi bonus ini ? Jawapannya tidak. Masih banyak lagi bank yang tidak menghargai pengorbanan ahli NUBE kepada bank yang telah memberi keuntungan berganda. Setiap bank membuat kenyataan ‘ Bank memperolehi keuntungan berganda selepas cukai ‘ tetapi mengapa mereka masih lagi tidak berkongsi keuntungan dengan pekerjanya ? Malah permintaan NUBE untuk kenaikan gaji masih belum dapat dibincangkan langsung. Mengapa semua ini terjadi walhal mereka mengaut keuntungan seorang diri sahaja ?

Namun perlu di ingatkan kepada seluruh ahli NUBE ini, apa yang anda perolehi ini bukan lah diberi PERCUMA oleh pihak bank kepada anda. NUBE telah memperjuangkan bonus ini terlebih dahulu, NUBE telah bersuara lantang terlebih dahulu untuk anda perolehi hari ini. Bonus ini pula adalah BONUS TAMBAHAN TERBAIK yang diperolehi ahli NUBE dbandingkan tahun – tahun yang lalu.

Tetapi apa yang perlu kita lihat adalah sama ada bonus ini diberi secara ikhlas atau sebagai ‘ serampang dua mata ‘ dari pihak bank. Adakah ini gula – gula dari mereka untuk menyatakan mereka menjaga kebajikan pekerja dengan memberi bonus ini ? Adakah mereka menyatakan ini sebagai mereka peka terhadap pekerja – pekerja perkeranian gaji kecil ini semata – mata untuk menutup cerita yang dibangkitkan oleh NUBE ?

Fikir – fikirkan lah wahai ahli NUBE yang dihormati...

No comments:

Post a Comment