Tuesday, August 7, 2012

Bonus Dan Gaji Swasta,


BONUS KERAJAAN   VS  GAJI SWASTA  = SIAPA DAPAT????

Kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan telah pun diberi pengumuman oleh PM bahawa mereka akan menikmati bonus hari raya pada tahun 2012 ini sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 kepada penjawat awam ( orang kerajaan ) dan pesara kerajaan.  Namun apa yang berlaku kepada kakitangan swasta pula?

Sudah lama kakitangan swasta meminta kenaikan gaji minimum di segerakan, tetapi langsung tidak mendapat ‘ respon segera’ dari PM. Macam diperbudak – budakan oleh PM kepada pekerja swasta ini, seperti yang lain bukan rakyat Malaysia langsung. Gaji minimum yang di uar-uarkan pun seperti cakap kosong sahaja kerana menjadi pilihan pula kepada majikan untuk membuat apa cara sekali pun asalkan mereka tidak akan membayar kenaikan gaji minimum tersebut.

Ada yang syarikatnya meletakkan syarat setelah dibayar COLA, mereka tidak akan membayar lagi kenaikan gaji minimum kerana dikatakan telah termasuk di dalam COLA tersebut. Bagaimana pula gaji pengawal keselamatan yang masih lagi belum mencapai gaji minimum RM 900 seperti yang telah di uar – uarkan selama ini ? Ada juga dilihat seperti kerajaan lebih menjaga kebajikan majikan dari kebajikan pekerja pula. Apa yang telah berlaku?

Berbalik kepada gaji swasta, NUBE telah berjumpa dengan PM pada beberapa bulan yang lalu untuk menyampaikan maklumat berkenaan permintaan NUBE tentang kenaikan gaji pekerja bank di Malaysia. PM juga telah menyatakan yang beliau memahami permintaan NUBE dan akan menyelesaikan perkara tersebut. Namun sehingga kini masih menjadi tanda soal. Sama ada beliau menyatakan ‘clear ‘ ( memahami ) dengan permintaan NUBE atau beliau telah pun ‘ clearkan ‘ permintaan NUBE ini? Perjumpaan yang sepatutnya menjadi petanda yang baik bagi ahli – ahli NUBE di sektor perbankan swasta tetapi kini menjadi ‘ angan-angan mat jenin ‘ sahaja kerana harapan tinggal harapan dari seorang ketua di Malaysia.

Namun muncul pula dalam akhbar tempatan bertarikh Ahad 29 Julai 2012 menceritakan rakyat Malaysia harus mengubah sikap meminta dan perlu tingkatkan kualiti hidup. Ini satu persoalan pelik. Siapa yang lebih membuat permintaan? Adakah dari pekerja swasta atau pekerja kerajaan? 

CUEPACS telah membuat permintaan untuk bonus kakitangan kerajaan dan pesara melalui pendedahan artikel petikan myNewshub pada 13 Julai 2012. Namun tidak sampai beberapa hari kemudian, PM telah mengumumkan yang kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan akan menikmati bonus untuk hari raya pada tahun 2012 ini melalui Akhbar Tempatan bertarikh Khamis 26 Julai 2012 yang lalu. NUBE juga telah meminta PM menyelesaikan isu kenaikan gaji pekerja bank Malaysia sejak hampir setahun yang lalu, namun siapa yang lebih berjaya? Siapa pula yang lebih meminta-minta dalam soal gaji dan pelbagai lagi? Kesatuan dari pihak kerajaan ( CUEPACS ) atau kesatuan dari pihak swasta terutamanya MTUC dan NUBE ? Akhirnya siapa yang perolehi manafaat ? Kakitangan kerajaan atau kakitangan swasta?

Selepas itu, akhbar tempatan bertarikh Isnin 30 Julai 2012 pula menyatakan pemberian bonus untuk kakitangan kerajaan ini langsung tidak menjejaskan ekonomi negara. Jika benar bagai dikatakan, mengapa PM tidak mahu membantu pekerja swasta pula? Adakah dengan syarikat – syarikat swasta ini terpaksa membayar permintaan kenaikan gaji dan bonus kepada pekerjanya akan mengugat ekonomi negara pula? Satu cerita yang paling pelik untuk di ceritakan tapi ini lah yang berlaku di Malaysia sekarang. 

Bayangkan 1.27 juta kakitangan awam dan lebih 657,000 pesara kerajaan mendapat manfaat dari kerajaan untuk kakitangan kerajaan SAHAJA. Kakitangan swasta? Ahli NUBE ? Telah meminta bantuan dari PM untuk menyelesaikan kenaikan gaji kakitangan swasta, itu pun PM belum mampu untuk menyelesaikannya? Cukup pelik. Beliau umpama tidak mendengar apa yang disuarakan oleh pekerja swasta ini.

Ini adalah satu persoalan yang sentiasa bermain di kotak minda rakyat biasa ( bukan kakitangan kerajaan ). PM dilihat telah ‘ anak tiri kan ‘ pekerja swasta dengan langsung tidak memperdulikan permintaan oleh kakitangan swasta yang telah meminta bantuan ekhsan dari beliau. Kakitangan swasta ini umpama kuli yang perlu bekerja mati – matian untuk negara namun tidak diberi makan dan minum dengan baik.

Ahli – ahli NUBE berasa sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh PM terhadap permintaan kita ini. Sekali lagi NUBE akan terus berharap PM dapat membina keyakinan kepada ahli NUBE dan dimata rakyat khususnya dengan menyelesaikan isu – isu yang telah ‘ tertimbus ‘ sekian lama supaya beliau dilihat mampu untuk terus menerajui negara dan rakyat dapat menerimanya dengan adil dan saksama.

HIDUP  NUBE  &  ONE  FOR  ALL  &  ALL  FOR  ONE  

SEMANGAT  UTUH  TIDAK  AKAN  RUNTUH.....

1 comment:

  1. Sbbnye kakitgn bank x seramai kakitgn kerajaan & peneroka2 felda yg akan memilih BN pd PRU akn dtg... Ada x wang ihsan utk golongn oku? Xdekn? Sbbnye org2 oku x smuanye akn kluar mgundi. X mguntungkn jd x yah bg ape2. Mcm tu la jg nasib kita ahli2 nube.

    ReplyDelete