Thursday, August 16, 2012

BANK WAJIB JAGA KREDIBILITI

Petikan dari 12 Ogos 2012 Ahad - Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Institut Urus Tadbir Malaysia ( MICG ), Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas melalui sebuah SEBUAH AKHBAR TEMPATAN supaya bank wajib menjaga kredibiliti dan etika dalam urusniaga dan menjaga maklumat sulit pelanggan wajar disokong untuk kebaikan bersama.

Namun begitu masalah yang timbul disini adalah, jika terjadinya sesuatu berlaku tentang kebocoran maklumat sulit tersebut seringkali yang menjadi mangsa adalah pekerja di bank tersebut bukan CEO atau koncu - koncunya dikenakan hukuman.

Jika kita melihat balik dari satu sudut, sememangnya perkara yang terjadi ini tidak sepatutnya hanya dikenakan kepada pekerja bawahan sahaja tetapi perlu juga dikenakan kepada pihak atasan bank tersebut. Jika kita perasan atau tidak, ada sesetangah aku janji di dalam apa - apa juga borang permohonan ( borang pada beberapa tahun yang dahulu sebelum wujudnya perkara tentang BAFIA ini ) baik untuk pinjaman, kad kredit atau pembukaan akaun ada syarat yang dikenakan seperti ' Setelah anda tandatangan perjanjian ini, maka anda telah memberi kebenaran kepada pihak bank untuk menberi maklumat kepada pihak ke-tiga atau yang sewaktu dengannya untuk kegunaan pemasaran '. Adakah anda perasan atau tidak ?

Dalam kenyataan seperti ini, adakah pihak bank dibolehkan untuk mendedah maklumat pelanggan tetapi pekerja pula jadi mangsa ? Adakah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 ( BAFIA ) ini hanya dikenakan kepada pekerja sahaja tetapi bukan CEO atau pemilik bank tersebut ? Adakah undang - undang yang dibuat ini cukup adil bagi pekerja ?

Jika benar Bank Negara Malaysia ( BNM ) mahu mengenakan hukuman, mereka harus juga menghukum CEO atau pemilik bank terlebih dahulu kerana sejak lama lagi bank telah pun mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak lain. Bagaimana sesebuah bank itu boleh menghubungi pelanggan jika pelanggan itu tidak mempunyai akaun di bank tersebut ? Tiba - tiba sahaja bank lain boleh tahu maklumat pelanggan untuk menjual kad kredit atau pinjaman peribadi. Bukan ke perkara ini cukup pelik ?

Selain itu, bagaimana pula dengan  'Outsourcing ' yang dilakukan oleh pihak bank dengan memberi maklumat pelanggan kepada syarikat luar untuk mengurangkan kerja di dalam bank. Adakah itu tidak salah dari segi undang - undang BAFIA?

Selain dari institusi perbankan, ada juga kebocoran maklumat melalui borang - borang peraduan yang dianjurkan oleh syarikat - syarikat lain dengan kenyataan yang sama , maklmat boleh diberikan kepada pihak lain bagi tujuan pemasaran, jadi siapa yang wajib pantau dalam hal ini. Semua pihak harus memainkan peranan bagi membendung perkara ini merebak lebih jauh dan ini cukup merbahaya kepada pelanggan.



 BNM  harus tegas dalam isu ini dan harus menyiasat ke akar umbi ke setiap bank. Lihat setiap dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan agar tiada lagi ayat ' dalam selimut ' dicetak di dalam apa juga borang permohonan. Dengan tindakan tersebut barulah maklumat pelanggan dapat disimpan dengan baik tanpa dapat dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment