Thursday, August 23, 2012

PEKERJA DIMAKI OLEH PEGAWAI BANK

Ini adalah nasib yang diterima oleh seorang ahli NUBE di RHB Bank apabila beliau di marahi dan dimaki oleh pegawai di bank tersebut.

Kejadian ini adalah satu kisah benar dimana semasa beliau sedang melayan pelanggan di kaunter, dengan tiba-tiba seorang pegawai di situ datang ke arahnya dan memaki serta memarahi beliau hanya kerana beliau meminta pegawai itu untuk membuka satu akaun disebabkan pada hari tersebut ramai pelanggan dan pekerja juga yang mengambil cuti dan cuti sakit.

Di dalam bank tersebut hanya mempunyai 4 kaunter sahaja yang beroperasi, namun disebabkan ada yang mengambil cuti cuma ada 3 kaunter sahaja yang beroperasi tanpa mempunyai pekerja tambahan di bahagian kaunter tersebut. Ini menimbulkan kesulitan semasa melayan pelanggan yang ramai pada hari tersebut. Pelbagai transaksi yang perlu dilakukan oleh 3 kaunter tersebut tanpa mempunyai pekerja tambahan dan emosi juga boleh terganggu disebabkan tekanan untuk proses melayan pelanggan dengan seberapa segera.

Sebelum kejadian itu, pekerja di bank tersebut telah membuat perbincangan bersama pengurusan bank dan pengurusan bank juga bersetuju bahawa pegawai harus membantu kerani di kaunter untuk beberapa perkara seperti membuka akaun, mempercepatkan kerja yang perlu tandatangan segera dan lain - lain lagi. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, tiada tolak ansur juga kerjasama yang dilakukan oleh pegawai tersebut malah memarahi dan memaki pekerja pula.

Lalu pekerja juruwang tersebut telah pun memfailkan aduan berkenaan perkara itu kepada pihak pengurusan bank untuk diambil tindakan terhadap pegawai itu. Selepas 3 hari perkara ini telah pun dapat diselesaikan di peringkat bank sahaja kerana dengan bantuan pihak pengurusan bank tersebut, pegawai demikian telah pun memohon maaf kepada juruwang terbabit dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan beliau.

Ini adalah satu contoh yang tidak baik dilakukan oleh pegawai bank itu semata-mata ingin menjaga kredibiliti dan KPI mereka. Tetapi pada hakikatnya, telah terserlah ' kredibiliti ' sebenar mereka dengan memaksa, memaki dan memarahi seorang pekerja bawahan dari mereka tanpa sebab munasabah dan langsung tidak bersifat kemanusiaan terhadap orang lain.

Jadikan ini satu pengajaran oleh setiap pekerja bahawasanya kita tidak sentiasa boleh memperkecilkan orang lain semata-mata menjaga ' habuan ' sendiri, sebaliknya harus bekerjasama sebagai satu pasukan walaupun taraf berlainan, cuma apa yang perlu di ingati kita sama-sama bekerja di situ dan anda bukan lah pemilik bank tersebut.



No comments:

Post a Comment