Monday, August 20, 2012

KERANI DI RHB BANK MAHU SPECIAL GRADE


BAHAGIAN 2 : ISU DI RHB BANK.

Isu majikan RHB Bank Bhd merekrut ahli NUBE untuk menjawat jawatan Pegawai 1 & 2 terus menjadi pertikaian hebat NUBE di dalam menjaga kebajikan pekerjanya.

Tidak dinafikan, perbuatan bank tersebut melakukan tindakan sedemikian bakal mengugat kerja perkeranian di RHB Bank ini yang rata – rata bergaji kecil. Mereka meneruskan agenda untuk menghancurkan Kesatuan NUBE yang lebih 50 tahun berjuang untuk faedah pekerja perkeranian kecil ini.

Ada juga angin bertiup kencang bahawa bank ini bakal melakukan pusingan ke 3 untuk merekrut ahli NUBE ke jawatan pegawai tidak lama lagi. Ini dilakukan setelah tindakan berjaya mereka pada pusingan 1 dan ke 2 yang lalu dengan ramai kerani telah menerima jawatan tersebut setelah  ditawarkan kenaikan gaji yang baik sebagai umpan . Sama ada angin ini adalah benar atau tidak hanya tuhan saja yang tahu. 

Namun NUBE menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan bank tersebut selepas perkara yang sama dilakukan oleh bank seperti Hong Leong Bank dan lain – lain lagi. Di Hong Leong Bank umpamanya pegawai eksekutif boleh melakukan kerja perkeranian juga sebagai juruwang yang selama ini dilakukan oleh kerani juruwang. Jika ini berlaku apa yang akan dilakukan oleh perkerja perkeranian di bank tersebut ? Kini dilihat bank lain juga mungkin menggunakan kaedah yang sama bagi mengurangkan ahli NUBE sebagai perkeranian dan juruwang. Ini dilihat sebagai satu tindakan anti kesatuan yang cuba menghancurkan periuk nasi perkeranian di bank itu.

Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah perkeranian di RHB Bank Bhd sebenarnya ingin meminta kenaikan kerani biasa ini kepada jawatan ‘ Kerani Special Grade ‘ seperti yang telah dilakukan oleh bank seperti Maybank. Jawatan ini sebenarnya boleh diberi oleh pihak bank tetapi dilihat sengaja mereka tidak mahu menawarkan jawatan tersebut sebagai tindakan anti kesatuan bagi menaikkan ahli NUBE ke jawatan lebih tinggi yang tidak mempunyai kesatuan yang boleh membela nasib mereka. 

Sebenarnya sebagai contoh di Maybank untuk jawatan seperti Kerani Special Grade ini, dilihat kerani mampu membantu pegawai dalam sesetengah perkara untuk boleh bekerjasama dalam melaksanakan juga melancarkan operasi bekerja di dalam bank tersebut.

NUBE tidak pernah mempunyai sentimen tidak mahu berkrompomi bersama majikan di seluruh bank di Malaysia. NUBE sentiasa mahu bekerjasama dengan mana – mana bank yang ingin meminta bekerjasama. Namun dalam masa yang sama, NUBE amat berharap pihak majikan harus lebih prihatin dan boleh menerima juga permintaan kecil yang dilakukan oleh NUBE sebagai menaikkan taraf hidup pekerja perkeranian bergaji kecil di dalam bank.

Sekali lagi dinyatakan di sini, ahli NUBE di RHB Bank Bhd amat berharap jawatan ‘ Kerani Special Grade ‘ mampu diberi oleh pihak bank terutama kepada mereka yang telah lama berkerja di bawah bumbung bank ini seperti yang telah berkhidmat lebih dari 15 tahun dan keatas bagi menaikkan taraf hidup mereka dan juga secara tidak langsung mampu membantu proses operasi di dalam bank tersebut berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment