Tuesday, August 7, 2012

KERJA LEBIH MASA HAK SENDIRI

NUBE GEMPUR IPOH melawat ahli-ahli Maybank di Kuala Kangsar, Perak bagi memberi taklimat berkenaan Perjanjian Kolektif ( CA ) antara NUBE dan Majikan ( MCBA ) yang telah pun menemui ' jalan mati 'setelah pihak majikan tidak mahu berjumpa dengan NUBE untuk membincangkan isu tersebut.

Selain itu NUBE juga mendengar isu dari ahli di Maybank berkenaan Kerja Lebih Masa yang di arahkan oleh pihak bank namun pekerja di bank ini tidak mampu untuk membuat kerja lebih masa tersebut di bulan puasa ini disebabkan perlu menyelesaikan perkara - perkara penting sepanjang bulan puasa seperti perlu balik awal untuk memasak berbuka selain perlu mengambil anak lebih awal dari rumah penjaga anak mereka.


Mengikut Perjanjian Kolektif ( CA )  antara NUBE dan pihak majikan, melalui Artikel 27 ( 3 ) Waktu Kerja Biasa, fasal " Kerja Di Luar Waktu Kerja Biasa " bererti kerja yang dilakukan ATAS PERMINTAAN TERLEBIH DAHULU dari pihak bank yang melebihi 8 jam atau 7 jam bekerja. Ini bererti pihak bank boleh meminta dari pekerja untuk membuat kerja lebih masa; akan tetapi pekerja juga boleh untuk menolak kerja tersebut JIKA mempunyai masalah yang perlu diselesaikan.


Ikuti temubual dan penerangan selanjutnya berkenaan isu tersebut bersama ahli-ahli NUBE di Maybank ini.



No comments:

Post a Comment